MY OBSESSES !!
Sejak PKP dan sejak cuti sem yang panjang sangat tu...aku dah kembali kepada hobi lama...membaca 🙊
thanks to my close friend Linda...sbb dia yg banyak shopping buku...kerja aku tukang baca je 😆😆
ada jugak la aku beli beberapa buah novel...tp xmcm member aku ni...mcm tiap2 minggu ada je novel baru...ha ha ha...dan dia xlokek bagi aku baca novel2 dia...
ok ni antara koleksi2 yang aku dah baca...banyak lg tp xsemua aku snap gambar dia...
novel yang ni mcm klise skit la...bg aku ok la untuk cita fiksyen...ha ha, aku suka je novel2 syamnurizmil ni...mcm tajuk dia so korang boleh tau la apa kisah dia PA bercinta dgn bos, tp ni anak kepada bos sbb bos sebenar cuti sakit...so anak dia gantikan tempat ayah dia sebagai CEO, ada mcm2 kisah tp akhirnya kawin jugak la diorg...nak tau korg kena baca la sendiri...kang ada aku kena saman dgn penulis.. ha ha
novel yang ni mmg best la,aku abis baca dlm 2hari je kot...ha ha ha...boleh bayang x mcm mana anak2 aku terpaksa bawak diri...kisah ni dah diadaptasi ke drama tp tajuk dia tukar kepada ariana rose..
so sapa yang dah tgk drama tu dah tau la apa isi novel ni kan...
kisah seorg kawan yang tolong kawan dia sbb kawan dia kena kawin pilihan family, so dia berlakon sebagai perempuan pregnant dtg ke majlis kawin kawan dia sebagai ex kepada bakal suami kawan dia..
tp kesian la kat dia, disebabkan onar yang dia buat dia hilang maruah diri...tapi akhirnya berkahwin jugak dgn org yang telah mencabul kehormatan dia...korg mmg kena baca buku ni...aku xpenah tgk drama Ariana Rose...tp aku lebih prefer baca novel la...lebih mendalamai watak tu..
Ni novel paling latest aku baca...kisah yang selalu terjadi di zaman ni...kisah suami org dan isteri org yang menjalinkan hubungan terlarang, yang isteri curang ni sbb sunyi asben dia keja offshore,berbulan2 berjauhan...yang si suami curang ni pulak, sbb isteri dia dah berubah lps beranak, xlarat layan dia...
akhirnya bercerai dan ex kepada pasangan yang curang ni berjumpa selepas setahun dan berkahwin...masa ni lah baru pasangan curang tu tiba2 nak kembali kepada pasangan masing2...novel ni best dan byk pengajaran sebenarnya untuk suami dan isteri..
aku ambil iktibar sebagai isteri la, suami @ lelaki mmg suka tgk kita berhias, so walaupun korg surirumah tetaplah berhias depan suami...jgn abaikan nafkah batin...itu kena jaga...klu korg rasa letih ke apa pls ambil supplement, benda2 mcm ni blh buat hubungan suami isteri musnah...
ok tu je aku blh kupas, so klu korg ada novel best2 nak suggest aku baca boleh bg komen erk...he he
adios!



Comments
Post a Comment